Followers

Thursday, August 12, 2010

dia yang saya suka

seorang wanita yang sudah di mamah usia suka pada si lelaki yang masih mude. ye saya akui tidak salah, lelaki budiman pada pandangan mata wanita itu sangat sempurna. Dia adalah lelaki yang di cari, lelaki yang di kagumi, baik dari akhlak nya, dari budi bahasa nya dari percakapan nya dan yang paling penting agamanya.

lelaki mude itu tidak kacak tidak pula macho, yang ada cuma manis, Ya ALLAH hati wanita itu tergugat, maka nya zina mata telah berlaku terlalu banyak kali. Sampai tahap mana lagi dosa harus di bebani.Tiap hari tangan wanita itu tadahkan, doa wanita itu sampaikan, hasrat hati wanita tagihkan pada yang Maha Esa, Moga-moga doa nya kali ini di makbulkan.

Tapi hati yang tersirat telah di nekad, wanita itu tak berminat pada lelaki yang usia nya jauh lebih muda. Kerna wanita tua itu sedar dirinya bukan lah Khadijah al Qubra bukan juga bidadari dari syurga datangnya. Hasil dari cantuman air mani dari segi sains nye dan dari tanah yang hina dari segi agamanya. Maka hati di pendam.

Cuma wanita tua itu teros berdoa, andai bukan lelaki mude itu yang akan di nikahinya, biarlah nanti datang seorang lagi lelaki budiman, Yang agamanya seluas lautan, yang iman nye sebesar gunung uhud, yang akhlak nya seakan-akan akhlaknya nabi, untuk wanita tua itu harapkan bantuan membawanya ke syurga Tuhan.

kerna wanita tua itu mahu menjadi wanita yang diibaratkan epal yang paling tinggi serta dibaluti menjadi kan ia terletak pada kelas dan kedudukan teratas.

No comments: